Friday, 1 May 2015

Kisah Bermula

'Mak, Anna nak pergi Jordan,' luahan saya kepada ibu saya di talian telefon. Saya masih ingat lagi, saya sedang duduk bersila di dalam dewan yang penuh manusia. Saya berada di salah sebuah universiti awam, minggu itu ialah minggu orientasi untuk pelajar Asasi. Saya di pilih untuk mengikuti pengajian dalam Asasi Sains. Namun, dari saat ditinggalkan bapa saya, saat untuk saya mula berdikari, saat pertama kalinya saya ditinggalkan pada umur 18 tahun, saya tahu tempat saya bukan di sini.

Pada hari pertama, malam pertama sahaja, saya tidur dalam keadaan menangis, hari itu kami pulang dari orientasi pada pukul 3 pagi. Ditambah dengan pintu yang terkunci. Saya dan rakan sebilik, N, tidak punya kunci, kami terkunci dari luar. Kami terpaksa memanggil ketua bangunan untuk masalah ini. Dan saya tidur dalam tangisan dalam diam supaya tidak didengari N, mungkin dia tahu, mungkin dia tidak, tetapi, perjalanan perlu diteruskan.

'Anna, Jordan itu berada di kawasan Israel,' ibuku menyambung di talian sana. saya ketika itu, berasa buat pertama kali, aku berasa sunyi di lautan manusia. Ramai sahaja pelajar asasi yang lain, malah ada sahaja kawan sesekolah saya. Namun, saya berasa berkeseorangan.

'Tak kisah, Nak juga,' saya tegas dengan pilihan ini. Saya sebelum ini telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang pengajian perubatan. Namun, peraturannya saya perlu melaksanakan setahun pengajian pertama di universiti swasta lokal di Selangor.

Dari tempoh penerimaanku untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, ibu, bapa, malah ayah saudara saya tidak bersetuju. Mereka menyuruh saya untuk duduk di Malaysia sahaja. Saya hanya mengikuti. Oleh itu, saya memilih untuk membuat asasi.

Namun, sejak hari pertama saya di situ sehingga saat saya menelfon ibu saya, jiwa saya tidak tenang. Masalah demi masalah berlaku. Saya berasa kekok berjalan berseorangan di universiti itu, saya tidak selesa berjalan di dalam kawasan itu, untuk makan juga, saya tidak dapat menyesuaikan diri. Telefon bimbit saya juga rosak dimasuki air. Semua serba tidak kena.

Rakan serumah, malah rakan sebilik, mereka baik. Kami tinggal berlapan dalam rumah yang berpunya 4 bilik dan kami berkongsi 2 orang. Mereka senang berkawan, malah mereka yang mengajak saya untuk berulang alik kelas, tetapi ada masa kami berpisah jua.

Pada minggu kedua, telah bermulanya kelas secara formal. Saya mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, dan Matematik. Namun, saya seorang pelajar yang pelik. Hanya hari pertama dan kedua sahaja saya menghadiri kelas. Pada hari kedua, ibuku datang untuk membawa saya pulang. Kerana saya menangis. Saya menangis hampir setiap hari. Dan saat saya berjumpa ibu di dalam kereta saya dari jauh akhirnya menangis lagi sekali. Seolah ada beban di dalam jiwa yang saya tanggung, nampaknya ibu membuatkan saya menangis. Saya tidak sesuai di situ.

Semenjak hari itu saya tidak lagi menuju ke universiti tersebut. Saya tinggal di rumah. Saya tidak melakukan apa-apa, bekerja apatah lagi, saya mengisi masa dengan aktiviti leka, melayari internet, menonton drama. Namun, saya ketika itu mengharapkan akan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jordan. Saya hanya diberitahu melalui internet sahaja.

Saya juga merancang pelan seterusnya jikalau saya tidak ada rezeki juga untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Saya bercadang untuk masuk sahaja kursus diploma kejururawatan. Saya dapat merasakan saya sesuai untuk bidang perubatan. Dan sekurangnya, diploma ini dapat membawa saya untuk bekerja di kawasan yang sama walaupun dengan jawatan berbeza.

Sebulan lamanya saya menunggu, setiap hari pada pukul 1 petang, saya menunggu akan surat itu. Kadang-kadang saya hampir putus asa.

Sehinggalah pada satu hari, pada hari yang saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya terdengar bunyi hon. Dan sebuah van berwarna kuning berada di depan rumah. Saya segera mengenakan tudung dan keluar. Berlari. Saya menandatangani dokumen tersebut. Saya mengucapkan terima kasih kepada encik tersebut. Tanpa menlengahkan masa, saya membuka surat tersebut. Surat tawaran. Syukur, saya terus menghubungi ibu saya yang sedang bekerja, dalam tangisan, saya berbisik kepada ibu, 'Mak, Anna telah dapat surat,' dan ibu saya berkata, 'Kan mak dah kata, akan sampai juga,'

Monday, 1 December 2014

hari 8 of #satuharisatupos

bismillahirahmanirrahim
alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana hari nie perasaan kacau bilau tu mula reda. rasa kurang da, saya dah mampu terima kelemahan saya, kalau tak hampir setiap hari saya fikirkannya rasa macam panas minda :p
betapa pentingnya kita untuk rely kat Allah swt. serius saya nak tulis tp saya malu tp semua orang tau kan kami ada masa kami tidak boleh beribadat dan time tu la bila kita kurang beribadat kita mudah terpengaruh. bayangkan kita hanya mampu berzikir membaca al-quran untuk menambah amal. yg fardu terpaksa diketepikan seketika tp alhamdulillah semuanya da ok :)
jadi mungkin kalau kita berada dalam keadaan nie kita kena beritahu orang tua kita minta mereka doakan bg pihak kita at least, ataupun kita boleh libatkan diri dalam kegiatan2 sukarelawan
yosh, sampai di sini sahaja  :)

Sunday, 30 November 2014

hari 7 of #satuharisatupos

bismilahhirahmanirrahim
ya Allah, kenapa rasa mengeletar hari nie, rasa sejuk semacam
selalu boleh tahan sejuk tapi kali nie macam terlalu sejuk semacam - =.=
esok start kelas~

Saturday, 29 November 2014

hari 6 of #satuharisatupos

bismillahirahmanirrahim,
haha saya terleka sikit hari nie, saya terlewat menulis 3 jam sebab saya tengah leka tgk muvi sleepless in seattle, siapa yang da tengok filem nie? serius, walaupun filem nie dah 2 dekad berlalu namun sepanjang saya tonton, saya masih mampu bergelak ketawa, tersenyum, dan menonton sehingga ke penghujungnya, dan saya sangkakan ia adalah kisah cinta semata-mata dimana ia something more sophisticated ataupun exotic, rupanya muvi nie sungguh heartwarming dan lebih kepada muvi untuk seisi keluarga. dan saya berani katakan yang watak utama filem ini ialah kanak2 itu, Jonah. sedap tu nama jonah

 hari nie saya berasa tenang sikit, tak tahu kenapa last week saya berasa agak terganggu sikit dari segi pemikiran, lebih2 bila kelas, mungkin sebab saya dah lama tak berada dalam satu kelompok yang besar iaitu beratus orang ada dalam tempat yang sama, saya berasa agak cautious dan pemikiran saya banyak kali melayang

bukan tu sahaja sebenarnya ada something kerap bermain diminda, ingat tak pos lepas saya ada cakap saya ada private diary dalam tab saya? hal itu saya luahkan ke dalam tu sebab ia terlalu private dan agak malu kalau orang tahu haha

insya Allah, hati makin tenang bila hari berlalu rasanya salah satu sebab saya kurang mendekatkan diri saya kepada Allah, saya cuma berzikir dan membaca al-Quran cuma dari semalam baru saya berkesempatan untuk menambah amal ibadat alhamdulillah.

terima kasih, hng (hi and goodbye)

Friday, 28 November 2014

hari 5 of #satuharisatupos

bismillahirahmanirrahim
sejujurnya saya tulis lagi satu pos dalam tab saya sebab saya nak menulis something yang agak perlukan pengasingan. mungkin sebab dia pasal hidup saya jadi kadang2 saya memang akan menulis untuk saya seorang baca dan sometime i like to write something that i can share with people...
sebenarnya, saya ada menyimpan rahsia daripada seseorang, saya tak tau sama ada dia tau sebenarnya ataupun tak tp saya rahsiakn. saya minta maaf sepatutnya saya tak patut rahsiakan apa2 dari seseorang yang saya meluangkan masa bersama sepanjang masa, tetapi saya rahsiakan sebab saya lebih suka macam nie. anddd it's confidential to say why. so i have to keep it a secret again, im sorry

tapi tapi saya harap kelemahan saya ini dapat diterima, saya tak mahu mengubahnya sebab saya memang selesa juga. hm.

Thursday, 27 November 2014

hari 4 of #satuharisatupos

bismillahirahmanirrahim,
so i got a unusual viewer in my blog, i hope it's nothing, i guess thats explained why some of the blogger private their blog.
insya Allah hari nie saya nak cakap pasal soal rezeki. kenapa hari saya nak cakap pasal rezeki. so let me tell you what happen today. sebenarnya dari semalam lagi saya berhasrat untuk join satu badan sukarelawan di sini. mereka ada buat satu aktiviti setiap hari, setiap hari lain aktivitinya, so saya nak join salah satu, so start semalam saya cuba cari tempat nie tapi saya tak jumpa kat sana, saya sesat. ok takpa, saya datang lagi hari nie tak jumpa juga, jalan da betul, tapi mercu tanda tu macam saya tak jumpa. on top of that, sebenarnya saya ada dengar seorang kanak2 tanya, nak pergi sekolah ke, tetapi saya tak peduli sebab bila saya try mencari arah mana suara tu saya tak jumpa.
jadi dua ali, dua kali saya mencari sesuatu benda yang sama. saya rasa saya tak baik, sebab tu saya susah cari benda baik di depan mata. saya sedar akan perubahan ini. saya sedar, saya nak kembali menjadi yang dulu tetapi saya rasa susah, kerana diri saya yang sekarang adalah seorang yang lain berbanding dulu dan mereka akan nampak. i am not a good person anymore. i'm sorry.

Wednesday, 26 November 2014

hari 3 of #satuharisatupos

bismillahirahmanirrahim
jado hari nie nak menulis pasal membuat keputusan. setiap hari mesti kita tak lari daripada membuat keputusan kan. paling senang bangun tidur, nak pergi ambil wudhu atau nak sambung tidur. so bgn2 terus kita kena buat keputisan. malah sekarang nie pun saya kena buat keputusan ataupun pilihan nak menulis pasal apa. banyak perkara yang berlaku pada hari nie dan saya nak menekankan pasal membuat pilihan.
kenapa saya nak cerita pasal nie? sbb hari nie saya kena membuat keputusan yang pada saya susah. macam nie, saya x suka membuat keputusan sebab saya memang x pandai nak membuat keputusan, saya jenis yang susah nak berfikir bila nak membuat keputusan, saya akan membuat keputusan melulu or something yang persistent last2 orang sekeliling yang menerima kesan buruknya. saya takla sebab pada saya ingatkan ini ialah pilihan yang terbaik rupanya tak. benda yang baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain kan.
jadi saya rasa bersalah sangat2, i feel like bilasaya nak buat keputusan, misalan ada 3 pilihan yang saya boleh buat, A B dan C kalau saya pilih A yang berada pada keputusan B dan C mesti akan sedih berkecil hati dan begitu juga sebaliknya. so saya rasa serba salah. saya lebih selesa kalau orang lain yang buat keputusan jadi saya tak perlu rasa bersalah dan serius saya akan lebih menerima dan reda dengan pilihan yang orang lain buatkan sbb apa2 boleh salahkan depa hahaha ok silap nie tak baik macam i mean kalau orang lain yang buat keputusan tak bias, tak pilih kasih, dan tak berkepentingan kan?
saya minta maaf kalau saya membuatkan sesiapa kecil hati serius saya pun tak nak macam nie, saya pun x suka. saya tahu ada yang berkecil hati dengan saya dan saya tahu kita tak tunjukkan sbb saya pun macam tu. i wish i could turn back time macam suteki na sen taxi tapi ada saya baca somewhere yang kalau kita boleh putar balik masa akan ada something missing.

so that's it for today. i pray tomorrow and onwards will be better day, insya Allah.

p/s im sorry im writing with these kind of language because it's my spontaneous writing. in malay i tend to write like that but not in english thats why i prefer to write in english because i havent learnt their kind of shortform hahaha