Showing posts with label MELAYU. Show all posts
Showing posts with label MELAYU. Show all posts

Tuesday, 3 August 2021

-2-

Saya gemar membaca, tahu? Ops, perlu tahu maksud membaca saya tidak terhad kepada embaca buku mata pelajaran walaupun sebagai seorang pelajar, hampir 70%-80% pembacaan kita adalah untuk peperiksaan. Tidak pun 100% bagi mereka yang lebih sukakan sesuatu yang teknikal :).
Namun, apabila saya menulis saya gemar membaca, dan dispesifikkan pembacaan dari segi untuk mata pelajaran, satu proses yang saya kurang gemar ialah untuk menghafal. Seperti semasa menghadapi SPM(kenapa mengenai ini lagi? Mungkin kerana sekarang ini musimnya), salah satu subjek yang memerlukan hafalan ialah Biologi. Kenapa saya tidak menulis Sejarah? Untuk Sejarah memang 100% hafalan tetapi saya tidak mengamalkan hafal secara total.
Mata pelajaran Biologi adalah salah satu pelajaran yang memerlukan hafalan, bukan? Lebih-lebih lagi bagi seseorang yang ingin menceburi bidang mengubati penyakit, subjek ini perlu ditumpukan perhatian 100%, tetapi mungkin kerana saya dengan hafalan memang tidak ngam, saya hanya mendapat A-. Namun, saya tetap bersyukur kerana diberikan peluang untuk membaiki kesilapan saya, namun hasilnya tetap sama apabila di universiti. Sebabnya? Hafalan.
Oleh itu, apabila saya yang tidak menggemari kaedah hafalan ini, saya perlu memikirkan saya yang baru untuk skor dalam peperiksaan dan juga untuk masa hadapan. Apabila memikirkannya, saya teringat akan pesanan seorang ustazah semasa saya di sekolah menengah, beliau mengatakan apabila beliau menghafal Al-Quran, lebih lebih gemar untuk menggunakan kaedah pemahaman berbanding dengan hafalan. Pada masa itu, saya tidak guna sangat pesanan ini kerana pada masa itu saya tidak tahu berbahasa Arab oleh itu, maksud setiap kalimah dalam Al-Quran pun saya tidak tahu.
Namun, apabila saya praktikkannya dalam mengahafal salah sebuah surah di dalam Al-Quran, alhamdulillah, menakjubkan, saya boleh menghafal satu surah dengan senang sekali, dengan apa? Dengan memahami maksud setiap perkataan dalam Bahasa Melayu.
Jadi, apa yang ingin saya jelaskan di sini, dalam mempelajari sesuatu tidak semestinya kita perlu hafal, asalkan kita ada pemahaman, kita boleh menghafal sesuatu dengan hafalan.
Kalau hafalan tanpa pemahaman, tiada impak terhasil dalam minda kita,
Kalau pemahaman tanpa hafalan, kita mampu mengolah apa yang dikatakan,
Kalau hafal bersama-sama dengan pemahaman, itu ialah yang terbaik.
Menulis mengenainya, sedikit sebanyak membantu saya untuk berfikir. Bukankah ada orang pernah berkata, apabila kita menulis, seolah-olah separuh daripada masalah kita selesai?
Saya bukanlah seorang yang pakar, saya masih rendah ilmu tetapi ini semua hasil pemerhatian, pemikiran, pendengaran saya dengan alam sekeliling.
Ops, nampaknya saya menumpukan pada pelajaran sahaja ya? Saya lebih suka membaca novel-novel yang ringan atau pun fiksyen. Saya suka melihat pemikiran insan-insan dalam merangka kisah seseorang yang secara realitinya tiada dan hanyalah fantasi, namun mereka mampu merangkanya hanya dengan berimaginasi. Jadi, memang kebanyakan buku yang saya beli ialah buku fiksyen. Motivati kadang-kadang.
Dan saya lebih gemarkan novel Bahasa Inggeris kerana saya mampu memahirkan diri saya dengan bahasa ini. Dalam dunia moden ini, Bahasa Inggeris memainkan peranan yang amat penting secara seantero.
Lebih baik saya berhenti di sini, kerana terlalu banyak idea yang mencurah-curah untuk saya menulis...
Assalamualaikum
:)

Tuesday, 23 November 2010

-1-

Assalamualaikum...

Terus teranglah katakan, saya suka berblogging, tetapi saya tidak gemar berblogging (ada perkataan Melayu lain untuk blogging tidak ke memang DBP guna perkataan ini?) mengenai kehidupan seharian saya. Rasa tidak tenteram tulis mengenai apa-apa yang saya lakukan hari ini, rancang apa esok, dan macam macam lagi. Pendek kata, saya tidak suka tulis aktiviti seharian saya.

Saya lebih gemar jikalau apa yang saya lakukan itu disimpan dalam minda saya atau pun minda insan insan jiran jiran kawan kawan ataupun yang mengenali saya tetapi bukan kepada YangTidakDikenali atau lebih dikenali (haha) sebagai 'Anonymous'. Menakutkan.

Apabila seseorang yang tidak kita kenali memberi pendapat dan diri mereka ditopengkan. Terfikir siapa. Perdana Menteri? Pengintip? Pejabat Kerajaan? Bayi? (melebih)

Jadi, ini ialah blog yang ke bawah sepuluh saya. Salam perkenalan. Mulakan hidup anda dengan visi dan misi baru. Lupakan yang lama. Mulakan yang baru. Ambil pengajaran yang lama, buang-buang yang baru. Ada peribahasa yang baik diambil yang buruk ditingalkan tetapi tidak ingat macam mana bunyi peribahasa itu.

Oh, ya. Hari ini SPM Bahasa Melayu kan? Mari kita ingat semula (ini tidak kisah dikongsi).

Ada soalan kemukan peribahasa itu yang kita kena sesuaikan diri ikut keadaan. Saya tidak ingat perkataan itu. Akhirnya saya hentam. Hentam apa? Lihat di bawah

Masuk ke kandang lembu mengelembu, masuk ke kandang kambing mengembek.

Ada kesilapan di situ. Dalam SPM sebenar pun anda (saya sendiri) berani hentam? Isk, Isk, Isk...